
Tajuk ni diapply utk isteri juge suami...
Artikel penuh seperti dibwh:
Suami wajib ditaati selagi tidak menyuruh melakukan sesuatu langgar perintah agama
Soalan:
USTAZ, apakah hukum seorang suami tidak mengizinkan isterinya pulang menziarahi ibu bapa isterinya dan berniat memutuskan hubungan silaturahim antara isterinya dengan ibu bapa, adik beradik dan saudara mara sebelah isterinya? Selain itu, apakah hak dan tanggungjawab seorang anak perempuan yang berkahwin terhadap ibu bapanya?
Isteri Keliru,
Kuala Lumpur.
Jawapan:
ALHAMDULILLAH wassolatuwassalam ‘ala rasulillah.
Allah SWT berfirman dalam surah Isra’ ayat ke-23 dan ke-24 yang bermaksud: “Dan Tuhanmu sudah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari kedua-duanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagai mana mereka sudah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”
Ayat di atas menerangkan mengenai kewajipan untuk beribadat kepada Allah semata-mata dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Maksud berbuat baik iaitu dengan mentaati, menghormati, memelihara mereka ketika tua dengan sebaik-baiknya dan mendoakan semoga Allah memberi rahmat kepada mereka kerana merekalah yang bersusah payah memelihara dan mendidik kita ketika kecil.
Sesungguhnya hak ibu bapa terhadap anak-anaknya amatlah besar. Banyak ayat al-Quran dan hadis nabi SAW yang menerangkan mengenainya. Bukan saja wajib membalasnya sewaktu mereka hidup, bahkan juga ketika mereka kembali ke rahmatullah, dengan memohon doa dan keampunan untuknya, menunaikan amanatnya atau pesannya, menghubungkan silaturahim serta berbuat baik dengan kaum kerabat dan sahabat handainya.
Berbalik kepada persoalan saudari, sebagai seorang anak, tidak kiralah lelaki atau perempuan wajib berbuat baik kepada ibu bapa sekalipun sudah berkahwin. Begitu juga hendaklah dia menghubungkan silaturahim.
Isteri wajib mentaati suami selagi mana ia tidak menyalahi syariat atau menyalahi perintah Allah. Sebagai contoh, si isteri sekiranya tidak uzur wajib memenuhi kehendak suami apabila diajak bersama seperti hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah RA. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila suami mengajak isterinya untuk tidur bersama, kemudian ia tidak mahu memenuhinya, lalu suaminya marah terhadap isterinya pada malam itu, maka isterinya akan mendapat kutukan sampai pagi hari.”
Contoh kedua, seperti hadis juga riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Seorang isteri tidak diperkenankan untuk berpuasa sunat apabila suaminya ada kecuali dengan izin suaminya. Dan juga tidak boleh mengizinkan orang lain masuk ke dalam rumahnya kecuali dengan izin suami.”
Namun sekiranya suami memerintahkan kepada isteri sesuatu yang menyalahi perintah Allah SWT, maka isteri tidak wajib mentaatinya seperti memutuskan hubungan silaturahim dengan kedua-dua ibu bapa, melarang untuk solat, berpuasa pada bulan Ramadan dan seumpamanya.
Isteri tidak dikira nusyuz sekiranya tidak mentaati suami pada perkara yang berkenaan. Suami pula berdosa sekiranya ia memerintahkan isterinya untuk memutuskan hubungan silaturahim atau perkara yang menyalahi syariat yang lain. Islam melarang memutuskan hubungan silaturahim sekalipun ibu bapanya bukan Muslim. Sebuah hadis daripada Asam’ binti Abu Bakar RA, beliau berkata: “Ibu saya yang masih musyrik pada masa Rasulullah SAW sudah datang kepada saya, maka saya mohon petunjuk Rasulullah SAW dengan berkata: “Ibu saya datang dengan mengharapkan agar saya boleh berhubung baik dengannya. Apakah boleh saya berhubung dengan ibu saya?”
Rasulullah SAW menjawab: “Boleh, berhubunglah dengan ibumu. Sesungguhnya Islam melarang suami menzalimi isterinya seperti memukul atau menyakiti isterinya seperti nasihat Rasulullah SAW kepada kalangan sahabat: “Seorang antara kamu ada yang sengaja memarahi isterinya, bahkan sampai memukulnya seperti memukul hambanya, kemudian pada malam harinya ia tidur bersama isterinya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Zam’ah).
Islam memerintahkan suaminya agar memperlakukan atau bergaul dengan isterinya dengan cara yang baik seperti firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 19 yang bermaksud: “Dan bergaullah dengan wanita dengan cara yang baik. Demikian juga sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Dan orang yang paling baik antara kamu ialah orang yang paling baik terhadap isterinya.” Wallahua’lam.
*Posted using BlogPress
Saya suka post awak ni...maybe dapat nasihat/ingatan kepada saya and maybe to org2 di luar sana..
ReplyDeleteAGREED 100% on BH article ni...
Personally la I think, side yg teranaya ni have to be very strong person,lawan and tegas sikit..jgn LEMBIK sgt..kalo pompuan x de kederat, guna your otak fikiran, use the right channel (Family, Jab. Agama)..kalo lelaki...kasi PENAMPAR MAUT je isteri mcm tu, kalo sama jee, lepaskan jee...no point you keep pasangan mcm ni...maybe dia bleh hidup with other person maybe better than kita....tu pon kalo ada org nak lagi... :)
Yg menganaya tu i believe mmg buta pasal agama ni...that why if we call the best motivator/pendakwah in this world pon, mmg x leh nak ubah, unless kalo malaikat pencabut nyawa datang...dia bleh berubah kot tu pon kalo amalan cukup tapi kalo amalan tak seberapa, dosa je bnyk, baik hantar ke Palestin...untung2 bleh mati syahid...tu pon kalo ada rezeki bleh mati...kalo tak...cepat2 la bertaubat..cermin diri, dekatkan diri pd Allah, mohon petunjuk... Ya allah ya tuhan ku...kau jauhkan la golongan seperti ini dalam keluarga anak adam sekarang ni....aminnn